Peti bayi kecil hanyut di Sungai Nil
Di bawah kerajaan Firaun yang zalim
Firaun memerintahkan dibunuh semua
Bayi lelaki yang lahir ke dunia
Menjeritlah ibu, menangislah bapa
Anak bakal disembelih di depan mata
Namun ada bayi dapat diselamatkan
Di dalam pembakar roti disembunyikan
Di dalam peti dia dihanyutkan
Tuhan melindungi, tiada tenggelam
Musa... Musa Alaihissalam
Akhirnya ditemui Permaisuri Asiah
Diambil menjadi anak angkatnya
Membesarlah Musa di ruang istana
Menjadi putera kesayangan raja
Lari dari istana kerana fitnah
Jauh ke Desa Madyan dia mengembara
Menerima wahyu di Bukit Tursina
Disuruh berdakwah kepada kaumnya
Firaun murka dengan seruan Musa
Dicabar Tuhan dengan kuasanya
Disambut dengan mukjizat bercahaya
Tongkat pun bertukar menjadi ular
Terkejut Firaun tidak terkira
Tewas ahli sihir dengan mudahnya
Lalu ditelan ular-ular mereka
Sujud ahli sihir kepada yang esa
Musa... Musa... Musa Kalimullah
Firaun mengejar Musa ke Laut Merah
Terbelah dua, kuasa Allah
Laut menutup, dia tenggelam
Matilah Firaun dalam kelemasan.