Ramadan Ramadan Ahlan Wasahlan
Ramadan Ramadan Marhaban Ramadan
Telah tiba bulan yg mulia
Bulan rahmat dan istimewa
Umat Islam ayuhlah kita
Mengimarahkan bersama-sama
Bulan Ramadan bukan sekadar
Menahan lapar jua dahaga
Setiap ibadah di dalamnya
Dijanjikan pahala berganda
*Korus
Pelihara hati dan lidah
Kawal nafsu dan juga amarah
Berusaha untuk berubah kerana Allah
Puasa, sedekah, tarawih bersama
Tadarus, tadabbur, khatam Al-Quran
Berzikir, berdoa, tunaikanlah zakat
Iktikaf dan qiyam, kejar lailatulqadar
*Korus